Tuesday, March 27, 2007

">" border="0" alt="" />


Sekali lagi Indah kene tagged dari cik Dhia. Tentang haiwan kegemaran anda sebagai haiwan peliharaan eksotik. Cam besh je bunyik…=)

Indah suke kucing. Mungkin sebab kucing adalah haiwan yang comel kot…Alang2 bercerita pasal haiwan kegemaran, biarlah Indah bercerita di sini serba-serbi tentang seekor kucing yang pernah bertakhta di hati Indah sekeluarga….

Dah lama gak rumah Indah sepi tanpa bunyik kucing mengiauww. Yang terakhir adalah Ages (sebelum Ages ade ramai lagi-Blacky+Gracy+Brownie+Tom+Oscar+Tiger dll-xingat da) Sekarang Ages dah xde da. Mati kerana sakit yang tidak diketahui puncanya. 5 tahun dulu, Indah masih ingat sewaktu Ages bakal menjadi penghuni tetap rumah Indah. Sebenarnye Ages baru je sampai kat kejiranan umah Indah tu. Jiran yang bawak dari kampong halamn dier. Dek kerana takutkan kucing2 jantan yang lain, Ages menyorok kat umah Indah. Pastu, kami sekeluarga sepakat untuk membela Ages tanpa keizinan jiran sebelah rumah…..hahaha! (sampai jiran ingat kucing diaorang dah hilang)

Kenapa yek Indah memilih Ages untuk berkongsi bercerita di sini?? Hurm..Ages mempunyai banyak kelebihan. Ages tahu ke mana harus dia pergi untuk membuang sisa2nya (Terkejut juga Indah mula2). Ages tak payah diajar. Korang percaya tak kalau Indah katakan Ages pandai menyanyi?? Haaa betol….Ages menyanyi dengan cara tersendiri seekor kucing. Ages juga pandai menyebut kalimah ALLAH. Beberapa kali kami pernah terdengar Ages lancar menyebut kalimah tersebut. Maha kuasa TUHAN. Pernah juga adinda Indah cuba berselawat dengan Ages dan Ages juga seolah2 berselawat skali. Huh berderau darah serasa badan. Meremang bulu roma dengar (kalau Ages ikot sebijik sejiban,mau lari xcukup tanah nanti)

Ages tak makan makanan lain selain ikan rebus. (demand gak kucing sekor nih). Ikan goreng pun dia tak mahu. Bila di’kerabu’kan dengan nasi, nasi pun dia tolak tepi. Tapi…3 tahun aje Ages bertahan untuk hidup (bukan sbb xmakan nasi). Selepas diserang satu penyakit misteri, Ages dikurung dikurungan besi. Kasihan melihatkan Ages dikuarantinkan dari kami semua. Berpanas dan berhujan di luar seekor diri. ALLAH lebih menyayangi Ages. Sekejap sahaja Ages sudah tiada. Tiada pusara bagi mengabadikan pemergian Ages. Hanya foto2 dan kenangan bersama Ages terabadi kini.

Semoga Ages aman di sana……=(





Ni la Ages masa hayatnye masih ade....comel kann??
filed under tag(s) :2

Labels:

--------------------oOo--------------------

1 Comments:

Blogger Dhiaz said...

indah, kak dhia xnampak lor gambo pet indah ni yang. salah paste html nih. hm..

April 11, 2007 at 12:41 AM  

Post a Comment

<< Home