Saturday, March 17, 2007

Pertama kali

Ini yang pertama dari Indah….
Dhia yang buat! Terharu! Tak dapat membalas keikhlasan hati Dhia. Indah….sungguh indah! Sekali lagi, cantik…..secantik orangnya (si pencipta). Pasti gadis itu bangga! Masakan tidak….Indah sangat bangga! Peroleh teman secantik DHIA……Walau titip perkenalan masih baru (fresh) tapi Indah rasa macam dah lama tersemai. Mungkin naluri kita serupa. Hurm….mungkin!=))

Indah dah baca semua catatan (nota,puisi,dialog,lirik) di blog Dhia….semuanya!
Manis bicaranya dengan sahabat maya si Cinta…
Tentang KRISTAL yang bakal menyinar di pasaran suatu hari nanti….
Mungkin Dhia kini sedang menghitung hari…..hehe=)
Tentang ekspresi hati yang saban hari berubah wajah….
Semuanya tercurah…..Sweet Dhia!
Juga tentang gambar2 yang mewakili setiap luahan yang dipena….
Kata orang-gambar dapat mengekspreskan sesebuah perasaan….BENAR!! dan….. Indah kagum!

Indah suka bermimpi dan selama ini mimpi hanya mimpi….Tapi kini mimpi Indah menjadi nyata. Semuanya kerna Dhia! Indah akan curahkan semuanya….(Pesanan pertama dari Dhia dulu)…Mahu berkongsi cerita dan ide dengan pengunjung blog ini dan yang terpenting, bertukar-tukar fikiran dan rasa bersama-sama Dhia agar tidak putus air dicincang….

Berbanding Dhia,Indah masih kecil….Indah masih baru….Indah masik cetek….Indah perlu belajar….Segala kekurangan Indah menyusun sepuluh jari. Dhia bagaikan pendita cahaya. Tutor Indah dalam segala pekerti….Indah senang!

Sewaktu luahan ini ditaip, terlintas di kepala “….masa tidak mengizinkan untuk jemari ini mengganti hati mengekspres ide yang ada…” (Dhia masih ingat tak?? Dhia kata Dhia suke! Ada geng! Hehe)….Kini, Dhia telah membantu dan tiada lagi alasan yang Indah mengelak dari terus memberi dan mencurah…..Indah kan berkarya!

Dengan bantuan Dhia, Indah di sini dan akan terus di sini selagi kudrat masih kuat…selagi akal masih ligat….selagi hati masih tekad. Semuanya takkan berupaya tanpa keizinanNya. Doakan kesihatan Indah sentiasa waras….tingkah Indah sentiasa cergas….langkah Indah sentiasa pantas agar waktu yang pintas takkan mengganggu-gugat ketenteraman dan ketenangan Indah…..Indah pohon!

Di sana…mereka tertanya2 siapakah Dhia….Benarkah Dhia wujud?? Ya, dia wujud!! Bukan di alam maya tapi di dunia fana. Di kerepeklah kasih sayang antara kita tersulam. Terima kasih jua pada kerepek…..(cewwahhh kerepek!!=))

Untuk Dhia….terima kasih atas segalanya.
Seni itu halus tapi bukan orang halus…..=p
Teruskan Dhia…agar Indah terus dibuai dengan bisikan Dhia…
Agar terus terpesona dengan keanggunan Dhia….
Jika Dhia dengan cinta mayanya…
Biarlah Indah dengan bayang2 sukma…

~Senada puisi untuk si gadis…..

KERNA DHIA

Situ…
Ku menemukanmu
Awalnya, kita membisu
Berkalam tidak, hanya membatu
Membungkam perasaan rindu…

Sana…
Kau masih tegak
Tidak berganjak walau setapak
Penuh 1001 kehendak
Ku penuhi, menjauh tidak…

Sini…
Aku mengerti
Fahami kata dua hati
Memahat nama menggenggam janji..
Desirrindu membisikkalbu ini..

Sama…
Kita setia
Berhalusinasi dengan deria
Berimaginasi seribu bahasa
Mencurah dalam karya
Kerna mu DHIA…

filed under puisi=1

Labels:

--------------------oOo--------------------

4 Comments:

Blogger Dhiaz said...

ca.... bergenang air mata kak dhia baca entri ca ni. sungguh indah bisikan kalbumu. kak dhia xsangka.

terima kasih utk entri ni n puisi kerna dhia tu. serasi di hati dhia. mmg cukup telus dari yg memberi.

sememangnya kasih syg yg telah pergi dhia sudah temui bersama teman2 dhia di dunia maya ini. semoga berkekalan hendaknya.

pesan kak dhia utk permulaan ini, 'menulis dari hati' dan teruskan menulis (kata2 yg kak dhia pinjam dari Arwah Ghaz, teman blog yg telah pergi tahun lepas)

setiap emosi yg dieskpresi, jgn mudah tunduk menyembah ke bumi tanpa mahu mendongak ke langit sesekali. xsalah asal masih punya rendah hati n ingat diri.

take care indah... moga terusan indah membisik setiap curahan kalbu..

March 17, 2007 at 6:37 PM  
Blogger Dhiaz said...

upss... plus.. pandai pun letak entri kat sini. cepat belajar. sapa kata cik indah xpandai. anak sapa ni? hihi ;)

March 17, 2007 at 6:39 PM  
Blogger Dhiaz said...

heheh... kak dhia nak tambah lagi satu je. nama 'indah' tu mmg salah satu nama yg kak dhia suka. pernah terfikir utk diabadi dalam novel dulu. so.... apa kata nama tu ca guna utk nama pena novel terbaru nanti?

apa kata cik indah???

March 17, 2007 at 6:44 PM  
Blogger NUR said...

SALAM UKHUWAH INDAH,
sedap namanya, mcm cheese cake..hehehe...semoga bahagia di dunia maya...salam kenal yer..puisi yang baik :)

March 20, 2007 at 5:21 PM  

Post a Comment

<< Home