Tuesday, March 27, 2007

">" border="0" alt="" />


Sekali lagi Indah kene tagged dari cik Dhia. Tentang haiwan kegemaran anda sebagai haiwan peliharaan eksotik. Cam besh je bunyik…=)

Indah suke kucing. Mungkin sebab kucing adalah haiwan yang comel kot…Alang2 bercerita pasal haiwan kegemaran, biarlah Indah bercerita di sini serba-serbi tentang seekor kucing yang pernah bertakhta di hati Indah sekeluarga….

Dah lama gak rumah Indah sepi tanpa bunyik kucing mengiauww. Yang terakhir adalah Ages (sebelum Ages ade ramai lagi-Blacky+Gracy+Brownie+Tom+Oscar+Tiger dll-xingat da) Sekarang Ages dah xde da. Mati kerana sakit yang tidak diketahui puncanya. 5 tahun dulu, Indah masih ingat sewaktu Ages bakal menjadi penghuni tetap rumah Indah. Sebenarnye Ages baru je sampai kat kejiranan umah Indah tu. Jiran yang bawak dari kampong halamn dier. Dek kerana takutkan kucing2 jantan yang lain, Ages menyorok kat umah Indah. Pastu, kami sekeluarga sepakat untuk membela Ages tanpa keizinan jiran sebelah rumah…..hahaha! (sampai jiran ingat kucing diaorang dah hilang)

Kenapa yek Indah memilih Ages untuk berkongsi bercerita di sini?? Hurm..Ages mempunyai banyak kelebihan. Ages tahu ke mana harus dia pergi untuk membuang sisa2nya (Terkejut juga Indah mula2). Ages tak payah diajar. Korang percaya tak kalau Indah katakan Ages pandai menyanyi?? Haaa betol….Ages menyanyi dengan cara tersendiri seekor kucing. Ages juga pandai menyebut kalimah ALLAH. Beberapa kali kami pernah terdengar Ages lancar menyebut kalimah tersebut. Maha kuasa TUHAN. Pernah juga adinda Indah cuba berselawat dengan Ages dan Ages juga seolah2 berselawat skali. Huh berderau darah serasa badan. Meremang bulu roma dengar (kalau Ages ikot sebijik sejiban,mau lari xcukup tanah nanti)

Ages tak makan makanan lain selain ikan rebus. (demand gak kucing sekor nih). Ikan goreng pun dia tak mahu. Bila di’kerabu’kan dengan nasi, nasi pun dia tolak tepi. Tapi…3 tahun aje Ages bertahan untuk hidup (bukan sbb xmakan nasi). Selepas diserang satu penyakit misteri, Ages dikurung dikurungan besi. Kasihan melihatkan Ages dikuarantinkan dari kami semua. Berpanas dan berhujan di luar seekor diri. ALLAH lebih menyayangi Ages. Sekejap sahaja Ages sudah tiada. Tiada pusara bagi mengabadikan pemergian Ages. Hanya foto2 dan kenangan bersama Ages terabadi kini.

Semoga Ages aman di sana……=(





Ni la Ages masa hayatnye masih ade....comel kann??
filed under tag(s) :2

Labels:

--------------------oOo--------------------

Tag dari cik Dhia

Yuhuu cik Dhiakuss (bile la buleh panggil puan ni erk hehe) ap2 bende yang menarik tok dikongsi erk….Hurmm workstation-xde…study table lak semak…Fav spot la erk. Act, Indah byk nak kongsi dgn semua bende2 yang menarik nih. Tapi kang menjela pulak. Tapi satu la Indah nak kongsi…Indah suke colors! Ape2 je yang warne-warni (cam pelangi tuh) Indah mesti suke tengok. Bile rasa2 time ‘panas’ tuh dapat lak tgk bende2 yang warne-warni ni….jadi ‘sejuk’ balik. Banyak gak koleksi barang2 Indah yang colorful nih. Kat bawah ni meh Indah tunjuk sket fav spot yang Indah suke tengok bile time bosan+marah+sedih+sunyi+jiwang karat…..adehhh
Location : Bilik Indah
Ni sebahagian items yang terdapat kat bilik Indah. Bahagian ni paling syuke tgk coz colorful (sape cakap xcolorful Indah debik kang). Kotak bertingkat dengan kotak buku tu Indah kale sendri (byk kali gak beli kale water nih) Dalam kotak coklet teddy tu lak Indah simpan byk kotak2 kecil+mainan+kad2 best wishing dari orang2 tersayang. Hehehe..
Yang ni ponn Indah suke tengok. Indah suke gantung2 bende2 ala ni kat siling bilik…Ade hadiah dari kawan n beli sendri. Ingat nak tambah lagi. Biar penoh siling dengan bende2 gantung nih. Ade gak yang warne-warni ape…(Siape2 nak hadiah kan kat Indah lagi??)

Haaa diz is my faberet….abjad2 nih cam besh je. Colorful sungguh! Pijak pon lembut. Orang kate masuk bilik Indah cam masuk tadika. Argghh gasaklah. Yang penting Indah happy. Buleh gak wat men ting-ting haha. Anak2 sedare datang, leh gak dorang belajar. (Penat korek kat setor dulu nih)

Huhu act, banyak lagi nak tunjuk tapi cukup la dengan ni….hidup mesti ceria dengan warna-warna. Bukan tak suke pada satu warne (Indah suke pepel!!!) tapi saje wat otak kiri ni berseni+kreatif sikit….hehehe=)) Well, pasni sape2 nak bagi hadiah kat Indah for Indah nye next besday…idea da ade da….(cewwah cam ader je nak bagi)

K cik Dhia….cukup tak dengan ceritera ni hehe. Menarik tak fav spot Indah?? Nti Indah add lagi macam2.

P/S: Background tok dinding bilik Indah tu kuning tau. Indah tak suke kuning sebenarnya. (I hate yellow..ups) dulu saje nak try2 cat bilik sendri gune cat lebihan ayahnda dulu…siap wat picture wall lagi…Buleh la nak dibanggekan=P

Filed under tag(s):1

Labels:

--------------------oOo--------------------

Sunday, March 18, 2007

Pejam sesaat

Indah terlena sebentar. Bila terjaga, terbuai2 pula dengan alunan lagu sampai menutup mata nyanyian Acha septriasa. Ligat bergema di corong radio. Indah tersenyum sendirian…..fikiran melayang pada teman baru yang pernah menghadiahi lagu itu tempoh hari…..Indah tersenyum lagi=)


Buat si teman~Tech….ku hadiahi lagu ini untukmu jua….

SAMPAI MENUTUP MATA-ACHA SEPTRIASA

Embun di pagi buta
Menebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta....

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata

~moga tautan yang bertali takkan putus dipuput angin~

filed under lyric(s)=1

Labels:

--------------------oOo--------------------

Saturday, March 17, 2007

Pertama kali

Ini yang pertama dari Indah….
Dhia yang buat! Terharu! Tak dapat membalas keikhlasan hati Dhia. Indah….sungguh indah! Sekali lagi, cantik…..secantik orangnya (si pencipta). Pasti gadis itu bangga! Masakan tidak….Indah sangat bangga! Peroleh teman secantik DHIA……Walau titip perkenalan masih baru (fresh) tapi Indah rasa macam dah lama tersemai. Mungkin naluri kita serupa. Hurm….mungkin!=))

Indah dah baca semua catatan (nota,puisi,dialog,lirik) di blog Dhia….semuanya!
Manis bicaranya dengan sahabat maya si Cinta…
Tentang KRISTAL yang bakal menyinar di pasaran suatu hari nanti….
Mungkin Dhia kini sedang menghitung hari…..hehe=)
Tentang ekspresi hati yang saban hari berubah wajah….
Semuanya tercurah…..Sweet Dhia!
Juga tentang gambar2 yang mewakili setiap luahan yang dipena….
Kata orang-gambar dapat mengekspreskan sesebuah perasaan….BENAR!! dan….. Indah kagum!

Indah suka bermimpi dan selama ini mimpi hanya mimpi….Tapi kini mimpi Indah menjadi nyata. Semuanya kerna Dhia! Indah akan curahkan semuanya….(Pesanan pertama dari Dhia dulu)…Mahu berkongsi cerita dan ide dengan pengunjung blog ini dan yang terpenting, bertukar-tukar fikiran dan rasa bersama-sama Dhia agar tidak putus air dicincang….

Berbanding Dhia,Indah masih kecil….Indah masih baru….Indah masik cetek….Indah perlu belajar….Segala kekurangan Indah menyusun sepuluh jari. Dhia bagaikan pendita cahaya. Tutor Indah dalam segala pekerti….Indah senang!

Sewaktu luahan ini ditaip, terlintas di kepala “….masa tidak mengizinkan untuk jemari ini mengganti hati mengekspres ide yang ada…” (Dhia masih ingat tak?? Dhia kata Dhia suke! Ada geng! Hehe)….Kini, Dhia telah membantu dan tiada lagi alasan yang Indah mengelak dari terus memberi dan mencurah…..Indah kan berkarya!

Dengan bantuan Dhia, Indah di sini dan akan terus di sini selagi kudrat masih kuat…selagi akal masih ligat….selagi hati masih tekad. Semuanya takkan berupaya tanpa keizinanNya. Doakan kesihatan Indah sentiasa waras….tingkah Indah sentiasa cergas….langkah Indah sentiasa pantas agar waktu yang pintas takkan mengganggu-gugat ketenteraman dan ketenangan Indah…..Indah pohon!

Di sana…mereka tertanya2 siapakah Dhia….Benarkah Dhia wujud?? Ya, dia wujud!! Bukan di alam maya tapi di dunia fana. Di kerepeklah kasih sayang antara kita tersulam. Terima kasih jua pada kerepek…..(cewwahhh kerepek!!=))

Untuk Dhia….terima kasih atas segalanya.
Seni itu halus tapi bukan orang halus…..=p
Teruskan Dhia…agar Indah terus dibuai dengan bisikan Dhia…
Agar terus terpesona dengan keanggunan Dhia….
Jika Dhia dengan cinta mayanya…
Biarlah Indah dengan bayang2 sukma…

~Senada puisi untuk si gadis…..

KERNA DHIA

Situ…
Ku menemukanmu
Awalnya, kita membisu
Berkalam tidak, hanya membatu
Membungkam perasaan rindu…

Sana…
Kau masih tegak
Tidak berganjak walau setapak
Penuh 1001 kehendak
Ku penuhi, menjauh tidak…

Sini…
Aku mengerti
Fahami kata dua hati
Memahat nama menggenggam janji..
Desirrindu membisikkalbu ini..

Sama…
Kita setia
Berhalusinasi dengan deria
Berimaginasi seribu bahasa
Mencurah dalam karya
Kerna mu DHIA…

filed under puisi=1

Labels:

--------------------oOo--------------------

Friday, March 16, 2007

Permulaan

Permulaan...

--------------------oOo--------------------